Kuiz Asas ICT

15 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 14 November 2019, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kuiz asas ICT yang melibatkan 6 orang peserta pelajar sekolah. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta mengulangkaji aktiviti pelajaran yang telah dipelajari daripada kelas-kelas ICT sebelumnya. Peserta-peserta diberikan soalan-soalan berkaitan dengan asas ICT seperti mengenal pasti komponen-komponen asas komputer seperti papan kekunci, tetikus, monitor, pencetak, pengimbas; perisian asas seperti Windows, navigator browser; meneka aplikasi-aplikasi yang pernah digunakan, dan sebagainya. Selain itu, kuiz ini dijalankan selama 2 jam iaitu daripada jam 2:00 petang hingga 4:00 petang. Kuiz ini dijalankan menggunakan aplikasi Quizizz serta ianya boleh menjana keputusan daripada jawapan betul peserta yang mengikuti kuiz ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali